Wednesday, March 16, 2016

Reviu Filem: Ola Bola

Ola Bola
Ini filem Malaysia tapi ini bukan filem Melayu, awal-awal lagi aku difahamkan mengenai fakta ini. Sebenarnya ini membuatkan aku lebih sedikit teruja untuk menonton filem ini kerana sesungguhnya pada waktu itu aku dah muak dengan filem tipikal melayu.

Filem ini bagus, filem sukan yang bagus telah banyak kita tonton dari luar negara, Shaolin Soccer misalnya ataupun beberapa filem dari barat seperti The Longest Yard, The Water Boy, Million Dollar Baby dan banyak lagi.

Namun filem sukan tempatan yang bagus adalah jarang-jarang sekali. Sebenarnya satu-satunya filem sukan melayu yang bagus adalah Baginda, ya Baginda. Satu tajuk filem yang sangat obscure bagi peminat-peminat filem zaman sekarang kerana ini filem sukan bola tampar tahun 1997 dan hero dia Jalil Hamid dan Benjy, tak percaya tengoklah, hahaha seriously best. Dan kalau sayang mata jangan tonton filem Libas. fuuu...

Berbalik kepada ola bola, ia satu filem yang cukup rencah. Cinematography nya bagus, lakonannya bagus, lokasinya bagus, plot nya bagus, sub plot nya bagus. Ya itu satu point yang sangat penting, filem ni ada subplot. Jarang filem melayu ada subplot. Plot utama filem ini adalah pasukan bolasepak Malaysia dan perjuangan mereka, namun ada subplot yang sama menarik dengan jalan cerita utama iaitu Kisah Rahman yang cuba breakthrough dan revolutionize stail pengulasan sukan tempatan. Bagaimana plot dan subplot ni jalan seiringan dan cross each other sangat cantik, sangat cantik.

Satu lagi aspek yang boleh dipuji dalam filem ini adalah kesungguhan dan kesanggupan menjadikan filem ini cantik. Menggunakan slow mo dimana perlu, menggunakan shot-shot yang kreatif, dan scene jogging di bukit broga (kot?), guna aerial shot yang kemudiannya hanyut ke hutan ke pantai, fuuhh...

Tiada kekurangan dalam filem ini namun filem ini tidaklah sempurna, boleh diperkemaskan lagi disana sini. Cuma ada satu part dalam filem ini yang aku macam rasa tak ada closure. Tiada closure atau ending yang true untuk watak ahchai, pemain simpanan 8 tahun. Build up sangat tinggi, nampak macam dia akan buat something yang awesome di akhir filem ni untuk redeem kesabaran dan kegigihan dia. Namun sayangg sekali killer pass ahcai waktu scene akhir tu tak di highlight langsung, tenggelam terus dengan aksi gol watak yang lebih penting kemudiannya. Mungkin aku terlalu meticulous mengenai hal ini tapi secara peribadi i was rooting for him from the start, the underdog, dan tiada closure akhirnya, hampa.

Namun ia tetap filem yang hebat, hebat sampai ia memulihkan semangat aku untuk tonton kembali filem buatan Malaysia di pawagam. Filem ini yang buat aku follow up dengan lagi satu filem tempatan iaitu Munafik namun Munafik, emmm.. nantilah komen posting lain.

Kesimpulannya 8/10. Tolak satu point sebab ahcai tenggelam at the end, dan tolak lagi satu point sebab filem ni macam tak berapa ada rewatchable value, tengok sekali, puas hati, cukup. Tak macam filem Baginda, boleh tengok 2,3 kali, pelik, hmmm...

legendary Baginda

1 comment:

  1. Yes, entah kenapa as the 90s kids, saya rasa tak jemu nak tonton filem Baginda.. ada sentimental value.. suka tengok lakonan semua pelakon nampak natural.. hidup watak yang dibawa..

    ReplyDelete