Wednesday, March 16, 2016

Reviu Filem: Munafik

Aku pergi menonton filem ini dengan membawa perwatakan munafik. Konon-konon dah mula minat tengok filem-filem tempatan setelah disedarkan oleh Ola Bola tapi sebenarnya dalam hati dok berharap, janganlah hambar janganlah hambar ceghite ni.

Dan Hambar It Is....

For the first time in my life aku termakan dengan propaganda Melodi, kata filem ni bagus, terseram di alam barzakh, siap aku tengok Syamsul Yusof menangis time nak launching filem nih. Aku ingat dia menangis sebab dia dah berjaya breakthrough dari lakonan kayu dia, rupanya tak, kayu as ever. Sekali bila aku tengok sendiri filem ni aku yang menangis dalam hati. Emm...

Dari mula aku dah perasan, filem ni tryhard nak mati untuk terkejutkan orang. Pomm sana Puff sini, suprise sini, suprise sana, sampai terlupa nak jadi seram. In a sense dia macam rumah hantu funfair malaysia, dia tak aim untuk jadi seram pun cuma nak suprise kan orang bagi melatah je.

Apa itu seram, seram adalah bila kau dapat tahu yang budak kecik yang ikut hero sepanjang filem adalah hantu sebenarnya (Sixth Sense), seram adalah apabila seorang penyiasat melawat rumah pesakit mental dia terjumpa diri dia sendiri (Shutter Island), seram adalah bagaimana seorang manusia yang hodoh tenggelam dalam nikmat sementara kemudiannya menjadi lebih hodoh dari hodoh yang asalnya (Sumpahan Orang Minyak). Filem ni tak ada terkejut-terkejut tapi ia meninggalkan deep scar on your minds for days..

Kalau nak cerita pasal filem terkejut plak, the mother of all filem terkejut adalah The Descend. Dia tak nampak tryhard sangat, tapi bila dia terkejutkan ko. ohh makk.. tercabut separuh roh.

Berbalik kepada Munafik the only redemption is Nabila Huda, her talent and the effort to makeup her. Dialah yang paling seram sebenarnya, bukan hantu-hantu yang acah-acah keluar 3-4 saat tu. Bagaimana pucat muka dia, bagaimana natural dia bertutur sebagai setan dalam bahasa arab, scene dia panjat dinding. Yes itu semua bagus, applausable.

Sebenarnya filem ni dapat perhatian aku bilamasa scene watak hero rage dan pergi gali kubur untuk tunjuk kat anak dia, mak dah mati. Scene ni horror betul, psikotik betul, aku dah mula fokus bila cerita ni jadi macamni tetiba, Wow.

Sekali mimpi da, PUIH... its go downhill from there. Banyak scene tergantung, scene tak logik hospital dari wad boleh jalan kaki straight pi bilik mayat. Watak pekin yang puff hilang tetiba macam terlupa ke ape ntah.

Filem ni berakhir dengan plot twist, dua plot twist, bagus i like plot twist. Plot twist dimana orang yang lemah yang bed-ridden adalah antagonis utama sebenar filem ini adalah bagus. Plot twist kedua yang dicedok dari sixth sense dimana anak dia adalah bayangan dia je sebenarnya dalam filem ni, boleh diperbaiki. Budak tu sepatutnya ada banyak scene dan lebih penting, so bilamana di akhir filem bila dapat tahu budak ni hantu dan hanya hero sorang je yang boleh tengok maka akan ada rewatchable value untuk filem ni. Kita nak tengok scene-scene dimana orang semua tak nampak pun budak tu hanya dia sorang je. Sepertimana Sixth Sense wajib ditonton dua kali untuk faham keadaan sebenar hero.

Kesimpulannya filem ni layak dapat 5/10 dan 5 bintang itu adalah lakonan Nabila Huda semata-mata. Lepas ni aku akan lebih berhati-hati dan lebih memilih dan tidak menjadikan Melodi sebagai bahan rujukan, ever.

ceh.. menangis konon (dalam nada filem ibu mertuaku)

No comments:

Post a Comment